Boingo Wi-Fi Untuk Pemegang Kad Mastercard®

Butiran Program

Kelayakan

Boingo Wi-Fi diberikan tanpa kos tambahan kepada Pemegang Kad Mastercard yang layak. Pemegang Kad yang layak perlu mendaftar dengan mencipta akaun Boingo. Dalam keadaan tertentu, kelebihan Boingo Wi-Fi disediakan kepada bukan pemegang kad Mastercard yang layak daripada pengeluar kad Mastercard

Perkhidmatan rangkaian Wi-Fi disediakan oleh Boingo

Dengan melanggan faedah ini, anda mengiktiraf bahawa Mastercard tidak bertanggungjawab dan tidak menjamin kualiti, keselamatan, liputan atau ketersediaan rangkaian pusat sambungan Wi-Fi atau rakan kongsi Boingo, dan anda meneytujui akan menanggung sendiri risiko penggunaan rangkaian Boingo Wi-Fi.

Penggunaan perkhidmatan Wi-Fi ditadbir oleh terma Boingo

Penggunaan perkhidmatan Boingo Wi-Fi tertakluk kepada perjanjian pelanggan, perjanjian lesen pengguna akhir dan lain-lain terma dan syarat yang dikenakan, termasuklah terma penggunaan, dasar privasi dan keselamatan yang terdapat di www.boingo.com. Anda akan diberikan peluang untuk menyemak semula perjanjian pelanggan, perjanjian lesen pengguna akhir dan lain-lain terma dan syarat perundangan yang dikenakan Boingo sebelum anda mendaftar untuk Boingo Wi-Fi bagi pelan Pemegang Kad Mastercard.

Terhad kepada 4 Peranti

Had peranti untuk Wi-Fi Boingo untuk Pemegang Kad Mastercard ialah 4 peranti di kawasan khas daratan dan boleh digunakan dengan mana-mana gabungan telefon pintar, tablet dan komputer riba. Wi-Fi dalam penerbangan terhad kepada satu peranti bagi setiap sesi. Sekiranya anda ingin menggunakan berbilang peranti pada penerbangan yang layak, anda perlu menebus sesi lain.

Perubahan kepada Perkhidmatan & Kawasan Khas Boingo

Kawasan khas yang tersedia dalam rangkaian Boingo tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa. Lawati http://wifi.boingo.com untuk senarai terkini kawasan khas.

Penyertaan

Untuk mengakses sebarang pusat sambungan Boingo Wi-Fi secara percuma menerusi Pelan Faedah Wi-Fi Mastercard Boingo, pertama sekali, Pemegang Kad yang layak perlulah mendaftar dalam Pelan Mastercard menerusi Boingo dan mencipta akan baharu dengan Boingo. Pendaftaran dalam Boingo Wi-Fi untuk pelan Pemegang Kad Mastercard adalah terhad kepada pemegang kad yang sah sahaja. Pendaftaran adalah terhad dalam tempoh 48jam bagi pelanggan yang baru menerima kad atau pernah menambah manfaat Boingo Wi Fi kepada kad akaun. Sekiranya pendaftaran masih gagal selepas 48jam, sila hubungi pengeluar kad tersebut.

Adakah anda mempunyai pelan Boingo sedia ada?

Jika anda memiliki pelan langganan bayaran Boingo, pelan sedia ada anda tidak akan dibatalkan secara automatik apabila anda mendaftar dalam Pelan Faedah Wi-Fi Mastercard Boingo. Jika anda ingin membatalkan pelan langganan bayaran sedia ada anda, hubungi talian dedikasi Pelan Faedah Wi-Fi Mastercard Boingo di +1 310-893-0177. Untuk nombor telefon tempatan atau kaedah hubungan lain, sila lawati https://mastercard.boingo.com/contact-us.

Penamatan dan Pembatalan

Faedah ini tidak boleh ditukar milik dan mungkin ditamatkan bagi pelanggaran mana-mana terma atau syarat, serta penyalahgunaan akaun Wi-Fi Mastercard Boingo anda. Faedah ini tertakluk kepada perubahan atau pembatalan tanpa notis.